Kendiri

PERATURAN DAN SYARAT PERMOHONAN TRANSKRIP AKADEMIK

 

Permohonan

  1. Hanya dibenarkan bagi pelajar/graduan kemasukan sebelum tahun 2000.
  2. Permohonan transkrip akademik boleh dibuat melalui borang permohonan di Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM.
  3. Permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 bagi setiap satu transkrip Diploma manakala RM20.00 bagi setiap satu transkrip Sarjana Muda.
  4. Transkrip dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris.

 

Pemprosesan

  1. Permohonan akan diproses mengikut giliran dalam tempoh 6 minggu setelah bayaran penuh diterima

 

Tuntutan Transkrip Akademik

  1. Pemohon boleh memilih untuk mengambil sendiri transkrip di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik atau dihantar melalui pos.
  2. Pemohon boleh mewakilkan kepada pihak ketiga untuk mengambil transkrip yang dimohon di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik dengan mengemukakan surat/borang kebenaran wakil beserta salinan kad pengenalan/pasport dan resit bayaran pemohon.
  3. Permohonan untuk dihantar melalui pos, hanya poskod Malaysia sahaja yang diterima untuk diposkan. Bagi poskod selain poskod Malaysia, kadar bayaran pos adalah seperti Jadual 1.
  4. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya transkrip yang dikirimkan secara pos tidak diterima, rosak atau hilang.

 

Peraturan dan Syarat Lain

  1. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada transkrip yang diterima, pemohon hendaklah mengembalikan transkrip tersebut ke Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM dengan segera dan transkrip baru akan dikeluarkan.
  2. Transkrip tidak akan diserahkan kepada pemohon yang masih berhutang dengan Universiti.
  3. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menguruskan sendiri penghantaran transkrip sama ada melalui pos, emel atau pun faksimili kepada mana-mana pihak ketiga yang memerlukan transkrip tersebut.
  4. Pihak Universiti hanya mengeluarkan transkrip bercetak kepada pemohon, sebarang permohonan untuk diemel atau faksimili transkrip tersebut adalah tidak dibenarkan.
  5. Transkrip yang tidak dituntut selepas enam (6) bulan akan dilupuskan.  Permohonan baru dan bayaran semula perlu dikemukakan untuk mendapatkan semula transkrip.

 

Cara Pembayaran

  1. Bayaran adalah melalui wang pos atau kiriman wang atas nama Bendahari UTM.
  2. Pembayaran menggunakan cek adalah tidak dibenarkan.
  3. Bayaran di kaunter Pejabat Bendahari UTM Johor Bahru boleh dibuat dengan mendapatkan arahan pembayaran daripada Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM.

 

JADUAL 1

ZON Kadar
Zon A Negara Malaysia RM 0.00
Zon B Negara-negara ASEAN (selain Malaysia) RM 20.00
Zon C China, India, Bangladesh, Nepal, Hongkong, Taiwan, Pakistan RM 20.00
Zon D Jepun, Australia, New Zealand RM 30.00
Zon E Negara-negara Eropah

Negara-negara Asia Tengah

Negara-negara Timur Tengah

RM 30.00
Zon F Negara-negara Amerika Utara

Negara-negara Amerika Selatan

Negara-negara Afrika

RM 30.00

*Pengeposan adalah menggunakan pos berdaftar Pos Malaysia Berhad

 

Bahagian Pengurusan Akademik

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Aras Bawah, Wing A

Blok F54

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru

Johor Darul Ta’zim, Malaysia